• CLOSE

    0

    Blog close as spam matter pissing me off.

    p/s: moving to a private blog.

  • Blogging.

    3

    Hi Bloggers,

    Maaf sebab dah lama tak update blog aku ni. Bukan sebab aku busy mahupun tiada masa. Tapi sebab aku hendak jaga hati orang lain. Setiap kali aku menulis new post, tak sampai hati nak publish. Takut individu2 tertentu yang ada kaitan terasa hati.

    Boleh bergaduh, putus kawan dan kalau pasangan mungkin boleh putus hubungan. Aku taknaklah jaja kisah aku mahupun orang lain di public blog nih. Tadi aku dengan rajinnya melompat dari satu blog ke satu blog. Adalah terbaca post² yang berkaitan tentang aku. Kalau yg molek takpelah tapi ini tak.

    Dah aku terpaksa nak explain kat certain² orang sebab post tu. Aku bukan main nak jaga hati orang. tak sangka ada juga yang tak pandai jaga hati aku. Sabar je lah.

    Aku akan buka satu blog lain selepas ni. aku nak luah semua sekali. Memburukkan orang pun pergi mampus lah. Aku akan privatekan. Mungkin hanya sesetengah orang je yang aku akan authorize untuk baca. sekian

    -Awanhujanribut

  • Selamat Hari Jadi Aku

    5

    “Happy Birthday!”. Ucapan yang banyak aku terima pada 12 Ogos 2009, hari bertambahnya umur aku yang sekarang ni berumur 23 tahun. Teringat hari jadi aku yang lepas. tak ramai yang wish. sedih gak.

    Tapi tahun ni berbeza, aku sambut hari jadi aku dengan nadia. Siap dapat hadiah lagi tu. Gila lama tak dapat hadiah.ahaha

    Kepada yang wish aku, terima kasih dan aku amat menghargainya.

    -Awanhujanribut

  • Pengetahuan 1 (Perhubungan)

    6

    Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah,fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa,ia boleh diibaratkan sebagai “pertemuan bagai pinang yang dibelah dua.” Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


    “Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.”

    Bagaimanapun,fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu,rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

    “Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik.”

    Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.

    Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?

    Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

    Ekoran fitnah itu,ada umat Islam yang mempercayainya.Sedangkan yang sebenarnya,Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya.Disebabkan peristiwa itulah,Allah

    s.w.t. menurunkan ayat itu.Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

    Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:

    “Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman.”

    Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:

    “Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

    Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik.

    Sebaliknya ia telah menjadi umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu,

    Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

    Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.Ini adalah dakwah.

    Dalam Islam,kalau seseorang tu telah bertaubat,kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.Kalau tidak,berdosa.Sebab dalam Islam,orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.

    Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita.Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga.Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan,penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya.Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

    “Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui.”

    ( Ali Imran : 135 )

    “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya.” ( Al BaQarah : 222 )

  • hupdate!

    0

    Aku tengah mengumpul kembali post² lama aku dariblog akuyang bersepah. baru add up sikit post² lama. Gila takda kerja aku nih.haha

  • Truth or dare?

    4

    Maaf, aku cukup kolot dan kuat berahsia. Aku tak sesuai main permainan ini.Sangat berisiko dan kadang2 tu sangat sensitif dan memalukan. Kadar kepercayaan aku dengan orang lain adalah sangat rendah kecuali dengan yang memang aku letak 100% percaya.

    Biasa kita dengar alasan “alah,dengan kawan2 je, diorang pandai simpan rahsia.” Mana kau tahu dan bila rahsia akan bocor? Bila dah malu esok baru la tuding menuding satu sama lain. Mungkin kawan kita yang seperti ini , selepas membocorkan rahsia orang. “Kau jangan beritahu orang lain tau”. Membocorkan rahsia tanpa disedari juga boleh jadi juga.

    Jadi, Berhati-hati. tak semua benda boleh dikongsi. Kepada yang dah memegang rahsia peribadi orang lain. Tolonglah jaganya dengan baik. Bukan buat penambah cerita.

    p/s: Yang memegang rahsia aku, harap maklum. Penat dah aku nak tutup muka pasal cerita aku yang kau jaja.

    -Awanhujanribut.

  • Aku dan Dia

    17

    Baru-baru ni aku mengikat perhubungan dengan seorang wanita bernama nadia. Bukan ikatan perkahwinan tapi hubungan istimewa lebih dari kawan. Aku berkenalan dengan dia di team building tempohari. Orangnya biasa² sahaja tapi istimewa. pergh. Aku dilamun cinta.

    Ramai yang tak menyukai dan ada yang membantah tapi aku masih sukakan dia. Aku bukan bersikap tutup telinga tapi ini yang aku pilih. Mereka kata dia kontra dari aku, aku boleh dapat yang lebih baik dan terlalu terburu² dalam hal ini.

    Aku rasa dia yang terbaik untuk aku buat masa ini.Mungkin dia sedikit kasar berbanding perempuan lain, itu personaliti dia.Aku kena terima seadanya.Dia berjanji untuk berubah, begitu juga aku. Kenapa perlu aku cari yang sempurna sedangkan diri aku ni pun hina dina dan tak sempurna.

    Bak kata Sanaa,’Beri dia peluang’ aku ingat kata² tu. Ya, semua orang patut diberi peluang. Mungkin aku akan bersama dia sehingga tua. Mungkin juga. Aku bukan nenek tilik yang tahu apa nak berlaku kelak. Cuba dan terus mencuba. Itu yang aku mampu. Tak cuba tak tahu kan?

    Oh ya, lupa pula. Namanya Ainul Nadiah Shamsir. Itu sahaja hari ni.

    p/s: Aku harap ini yang terakhir.

  • Kerja aku

    8

    kepada sesiapa yang asyik tanya aku kerja buat apa. Aku listkan kerja² aku. jangan tanya lagi ok?

    EVENTS COORDINATOR
    Ø Coordinate the design, production, writing, and inventory maintenance of marketing material
    Ø Create and coordinate sales promotions, customer newsletters, and internal communications
    Ø Assist in development and implementation of tactical go-to market plans
    Ø Support an external sales team by responding to incoming sales inquiries on the telephone and via email
    Ø Perform market research and analysis to identify trends and find new revenue sectors
    Ø Analyze and evaluate all marketing efforts and make educated recommendations

    P/S: senang kan? hampes.

  • Komunis kah aku?

    5

    ‘Sanggup gadai agama, bangsa’

    IPOH 14 Jun – Gagasan Melayu Perak (GMP) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menjual dan menggadai apa sahaja termasuk maruah agama, bangsa dan negara semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

    Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia juga jelas menunjukkan bahawa Anwar sebagai seorang pemimpin yang sudah tenggelam punca apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang.

    “Kalau boleh kita tafsir kenyataan itu jelas dan nyata ia adalah untuk kepentingan politik peribadinya untuk meraih sokongan orang bukan Melayu khasnya kaum Cina.

    “Dia tahu seluruh orang Melayu menentang kemasukan Chin Peng dan tahu perasaan bekas-bekas perajurit negara, tetapi dia tetap juga buat kenyataan seumpama itu.

    “Anwar adalah seorang pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan maruah bangsa, negara dan agama demi kepentingan politik peribadinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Sumber 1 : Utusan Malaysia

    Pendapat aku:

    Aku tak kisah pun kalau Chin Peng di bawa balik ke Malaysia. Panggillah aku penkhianat bangsa ke apa ke. Kenapa perlu kita kisah tentang Chin Peng. Kita tak pernah kisah bila Shamsiah Fakeh dan bekas² ketua komunis yang lain yang berbangsa melayu.

    Adakah kita ini memang racist sejak azali? mungkin tak perlu aku jawab. Mungkin sesetengah orang masih ingat, didalam teks sejarah sekolah zaman mak ayah aku. Tok Janggut, Datuk Bahaman dan yang lain² di anggap pemberontak. Sebelum ditukar menjadi pejuang. Mungkin suatu hari nanti gelaran mereka juga ditukar?

    Faham apa perjuangan mereka dan kenapa mereka begitu? Orang kata komunis tidak ada agama. semak balik buku sejarah . Ramai golongan sekolah pondok menyertai perjuangan komunis. Walaupun mereka tak di ingati dan di khianati. Jangan lupa. Mereka juga warga Malaya@ Malaysia.

    Persoalannya, Kenapa kita membenarkan komunis MELAYU untuk kembali dan tidak pada yang berbangsa China?

    Adakah sejarah membuatkan kita begitu racist dengan yang lain?

    PS: Banyakkan pembacaan bukan bebelan :)

  • Looking around

    1

    I’m  looking for commercial work:

    • Event
    • Advertisement
    • Others non-wedding related.

    tired of wedding but still taking one lah. haiyo. eventhough already working with AVJ but I still need side income to pay my car! dem.

    put here some of my last commercial work done.

    Note: The SK shoot  is a collaboration with GERILA Empayar Kukubesi for SK Biography Book.

    -Awanhujanribut

Page 1 of 712345»...Last »